Friday, 17 January 2014

Kasut Idaman Dah Beli ....


Akhirnya saya beli kasut yg diangan2kan. Bukannya kasut pakai jalan-jalan tapi kasut untuk lumba basikal. Diguna hanya untuk naik basikal jenis road bike bukan mountain bike.

Harga pun boleh tahan RM1,100. Dapat diskaun pun ciput saja, 10%. Takpalah minat punya pasal. Dlm bab dunia basikal ni, kasut ni kira idaman para peminat2 basikal. Berat kedua-dua kasut cuma 466 gram.

Beli dapat beg kasut sekali.

Pengetat guna kabel

Bahagian tapak diperbuat dari carbon fibre.

Kasut S-Work digunakan pelumba profesional

Masa  jadi guru dulu, mampus nak beli benda ni. Harga pun dah separuh gaji. Bila dah bisnes barulah mampu sikit. 

Kalu nak beli boleh beli kat sini:

Specialized Concept Store
19, Jalan PJU 5/20A, 
the Strand Damansara, Kota Damansara PJU5,
47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia


Sunday, 12 January 2014

Cara Buka Akaun Semasa

Akaun Semasa (Current Account) adalah akaun bank tanpa buku bank. Ia digunakan oleh syarikat dan nak daftar pun kena tunjuk sijil daftar niaga.

Bila daftar Akaun Semasa, anda akan dapat 2 benda shj:

1) Buku Cek
2) Penyata Akaun Syarikat

Berapa kos buka Akaun Semasa?

- Ikut bank, kalau Bank Islam, Rm1500, kalau Maybank Rm2500, ada juga yg sampai 3 ribu. Bergantung pd bank.
- Ia bayaran utk buka sahaja. Selepas dah buka akaun dan dpt buku cek, anda blh keluarkan semua wang tu sampai jd RM100, ia takde masalah.

Bank mana yang terbaik?

- Semua bank dlm Malaysia bagus kecuali BSN. Sy buka akaun guna Maybank sbb senang nak guna online banking. Jd bila ada org buat payment, sy just periksa melalui online. Kalau nak tunggu penyata, lambat skit, awal bulan baru dpt.
- Rakan2  Cina saya pula suka guna Public Bank dan HSBC, mereka kata cepat dan senang berurusan jika ada akaun luar negara.
- Ikut keselesaan anda.

Kegunaan Penyata Bulanan bank

-Bila dah ada akaun, simpan elok2 penyata bulanan, pastikan transaksi sentiasa ada secara bulanan walaupun wang masuk cuma RM1000 sebulan. Penyata ni penting bila nak buat loan beli bangunan, kereta dan sebagainya.

Bolehkah 1 syarikat guna lebih dr 1 akaun?

Boleh saja...kalau duit banyak, ikut suka.

Siapa layak tandatangan cek?

Tuan punya syarikat akan tandatangan cek. Jika syarikat nama bapa anda, walaupun anda sendiri yg urus sykt tu, maka yg layak sain cek adalah bapa anda kerana nama anda tiada dlm sijil daftar sykt.

Saturday, 4 January 2014

Kaedah Mengawal Pembeli (Part 2) - Mewahkan Pembeli Terpilih

Kaedah ini hanya sesuai untuk kompeni yg income 300-400k sebulan. Banyak sykt income macam ni khususnya sykt-sykt kosmetik jenis rebranding dan kosmetik OEM.

Kita berbalik kpd Syarikat AA. Jika sykt ini sudah untung ratus-ratus ribu sebulan, ia perlu segera memilih beberapa orang pembelinya (Ahlinya) yg senior untuk dijadikan 'tugu' keyakinan ahli-ahli baru.

Setelah memilih sekurang-kurangnya seorang bagi setiap negeri. Syarikat AA perlu bayar elaunnya melalui cek minima RM10,000 sebulan. Jika 14 negeri maka kosnya RM140,000 sebulan.

Adakah Syarikat AA akan rugi dgn bayaran elaun buta ini? TIDAK.

Dgn bayaran elaun kpd 14 orang ahli terpilih, Syarikat AA boleh kenakan syarat seperti:

- Pamerkan cek yang diberi setiap bulan kpd rakan-rakan.
- Mesti menjadi Group Leader bg negeri masing-masing.

Cara ini akan lebih meyakinkan ahli-ahli baru. Jika ada yg berhasrat utk meninggalkan group maka mereka akan berfikir 2-3 kali.

Syarikat AA juga blh membeli kereta mewah jenis AP utk diberikan kpd 14 ahli senior sbg modal perniagaan mereka utk menarik ahli baru. 14 kereta mewah murah sahaja sekarang ini. Bukannya bayar penuh. Tambahan pula jika dibeli atas nama syarikat, tidak perlu 'penjamin'.

Kedai-kedai kereta AP suka kalau ada mana2 bos MLM buat deal dgn mereka. Ini saja cara utk mereka pastikan kereta AP laku. Misalnya Toyota Vellfire 2.4, banyak orang pakai sekarang ni kerana harganya murah saja, RM220k. Bulanan lebih kurang RM2000 (9 tahun).

Sedangkan orang tak tahu, harga sebenar Toyota Velfire ialah RM450,000. Jadi harga RM220k adalah kereta yang keluaran 4 tahun sudah.