Banyak penerbit terbit buku berkaitan sejarah hidup Rasulullah. Mereka terbit dengan pelbagai tajuk dan konotasi tetapi isi kandungannya masih sama. (Ye lah, sejarah Rasulullah bukan boleh reka sendiri-sendiri, mesti sama seluruh dunia, cuma yang bezanya ialah penyampaian ayat.
Tapi dalam banyak-banyak penerbit di Malaysia, buku biografi Rasulullah yang paling laris ialah Biografi Agung Rasulullah SAW terbitan Mustread Sdn Bhd.
Mengapa ia laris? apakah buku-buku terbitan penerbit lain menggunakan fakta-fakta tak tepat tentang Rasulullah SAW?
BUKAN. Jawapannya ialah 'teknik persembahan buku'.
Antara teknik-teknik yang saya kesan digunakan editor syarikat Mustread dalam persembahan buku ini ialah:
- Penggunaan banyak gambar bersaiz besar. Hampir setiap muka surat ada gambar.
 - Keseluruhan ayat-ayat penerangan tidak terlalu banyak.
 - Saiz font yang besar untuk ayat-ayat.
 - Spacing bagi setiap ayat juga sangat jauh dan memudahkan pembacaan.
 - Muka surat berwarna penuh.
 - Kertas isi kandungan muka surat digunakan jenis glossy paper +100g (agaknya).
 
Kesan dari teknik-teknik persembahan di atas, majoriti pekedai-pekedai buku mengatakan Biografi ini adalah yang paling laris berbanding yang lain.
.jpg)
Kadang-kadang orang beli buku untuk tengok gambar yang menarik sahaja berbanding daripada membaca buku he3.
ReplyDelete