Saturday 23 April 2016

Bos Perempuan Lebih Cerewet?

Di dalam perkhidmatan kerajaan, kita sering terdengar rungutan para pekerja tentang bos-bos mereka. Ada macam-macam perkara yang dirungut dari hal besar hinggalah hal sekecil semut.

Antara perkara yang paling pelik saya dengar ialah bos perempuan di satu jabatan yang selalu marah-marah bila ada staf perempuan berpakaian cantik atau blink-blink. Apabila pakaian yang cantik menjadi bahan untuk marah, ia sangat pelik.

Akhir sekali, setelah diteliti barulah saya ketahui, bos tersebut marah-marah kerana dia tidak suka staf-stafnya lebih cantik penampilan lebih darinya. Ini memang pelik.

Pada saya, selagi staf perempuan tidak memakai pakaian yang mendedahkan aurat, itu dah kira bagus. Jika pakaian cantik, pelanggan yang datang berurusan di pejabat pun agak selesa apatah lagi jika perkhidmatan juga baik.

Setakat yang saya selidik dari rakan-rakan, staf-staf perempuan di mana-mana jabatan pun tidak suka jika bos mereka PEREMPUAN.

Saya dapat simpulkan;

"HANYA PEREMPUAN MENGENALI PEREMPUAN"

Monday 11 April 2016

Panduan Mengira Muka Surat Buku Dalam MS WORD

Untuk menghasilkan buku dan design reka letak dalaman, penerbit akan menggunakan perisian Adobe InDesign. Hanya melalui perisian ini bilangan muka surat sesuatu manuskrip yang dihantar kepada penerbit dapat ditentukan. Kemungkinan penulis buku sukar untuk mengagak ketebalan muka surat buku tulisannya.

Biasanya penulis akan menaip di dalam MS WORD bukannya di dalam Adobe InDesign. Jadi untuk mengetahui berapakah jumlah perkataan yang perlu ditaip dalam WORD untuk melihat hasil muka surat buku bersaiz sebenar, sila lihat panduan di bawah.

Diandaikan buku yg bakal diterbitkan bersaiz berikut:

8.5 (T) X 6 (L) inci.

Jika guna font Times New Roman, saiz 13pt dan spacing 6pt (before & after). Maka,

30,000 patah perkataan (MS WORD) = 225 ms (buku sebenar)

Maksudnya jika ditaip dalam MS Word sebanyak 30,000 perkataan. Selepas manuskrip itu dipindahkan ke dalam Adobe InDesign, buku anda akan menjadi setebal 225 muka surat, tanpa sebarang gambar, hiasan dan kulit buku.

Mudah-mudahan panduan ini memberi manfaat kepada penulis semua.