Friday 31 October 2014

GST dikenakan ke atas syarikat pendapatan tahunan lebih RM500 ribu!

sumber: myob.com.my


Arahan-arahan ghaib dah pun sampai terutamanya untuk syarikat-syarikat kecil dan besar. Tak kiralah jual kicap ka...jual burger ka...jual ubat ka..Kalau income setahun lebih RM500,000 kenalah daftar GST.

Saya bernasib baik tak kena. Maklumlah income tahunan tak sampai RM500k, Hampir-hampir adalah. Bg kompeni besar kira ciput lah income camtu. Audit Firm syarikat saya pun tak gelabah sangat.

Orang-orang industri buku sama ada yang jenis jujur dan jenis 'buaya besar' semuanya tak puas hati. Mula-mulanya Government bagitau buku-buku tak dikenakan GST. Kemudian, tup! tup! bila panggil briefing, buku-buku pun kena jugak.

Sunday 26 October 2014

Teknik: Cara nak cari jenis-jenis buku yang laris di pasaran

Logo blog Universiti Terbuka PTS

LARIS! LARIS! LARIS!

Tak dapat tidak seseorang yang ingin menjadi penulis bestseller dan
ingin buat untung puluhan ribu melalui penulisan buku kena tahu
kategori buku yang laris di pasaran.

Untuk dapat maklumat tepat, kena tanyelah pekedai buku. Biasanya
buku yang laku dan DIJANGKA laku, mereka akan order lebih.

Kalau 10 kedai kira oklah nak tanya, tapi camna kalau  kedai-kedai
di negeri lain. Susah tu...

Bagaimana Merancang Penulisan Buku


FIKIR!  FIKIR! FIKIR! FIKIR!

Bila anda rancang untuk tulis buku, pastikan anda bukan rancang
untuk tulis secara sambil-lewa. Menulis buku bukan perkara main-main dan hobi.

Ia sejenis perniagaan.
Ia sejenis prospek keuntungan produk.
Ia juga kredibilit dan maruah.

Syarat-Syarat Buku Bestseller di Malaysia


BUKU BESTSELLER!!

Sape tak nak buku sendiri jadi bestseller.. semua orang nak! Tapi menerbitkan buku bestseller perlu ada perancangan dan kajian terlebih dahulu.

Bestseller bermaksud dengan satu buku sahaja anda dapat PULUH-PULUH RIBU ringgit.

Perlu diingat! Buku bestseller perlu ada syarat-syarat tertentu. Berikut ialah syarat-syaratnya:

Wednesday 22 October 2014

Jangan Guna Emel Jabatan Untuk Berurusan Peribadi



PERHATIAN!  PERHATIAN!  PERHATIAN!

Hampir setiap hari, ada saja yang meminta contoh surat berhenti kerajaan. Tapi saya nak minta tolong satu perkara.

Sesiapa yang nak minta saya emelkan "SURAT BERHENTI KERAJAAN", harap dapat berikan saya emel dari server-server international seperti yahoo.com, gmail.com atau apa-apa saja.

JANGAN guna emel syarikat, sekolah, jabatan atau kementerian. Maksud saya emel yang dibelakang simbol @ ada tertulis begini....

nama_anda@abc.gov.my
nama_anda@abc.edu.my
nama_anda@abc.org

MENGAPA

Semua emel-emel ni boleh dibaca oleh pegawai Teknologi Maklumat tuan atau Guru Komputer sekolah anda atau sesiapa sahaja individu yang bertanggungjawab mengurus laman web organisasi tempat kerja tuan sama ada swasta atau kerajaan.

Apa sahaja password yang anda reka, semuanya boleh dibuka dan dibaca!!

Monday 20 October 2014

Friday 17 October 2014

Buku Baru dari Wan Kamarul Ariffin

"SEKADAR CETUSAN IDEA"


"BIAR SEDIKIT ASAL DIBERKATI"


Kedua-dua buku ini adalah tulisan salah seorang pembaca blog jutawanpena iaitu En. Wan Kamarul Ariffin. Beliau menulis dan menerbit sendiri buku ini.

Bagi mana-mana pengedar, pemborong, guru perpustakaan atau pekedai yang ingin menempah terus melalui beliau, boleh dihubungi melalui emelnya

wan_kamarul@usa.com



Tuesday 7 October 2014

Teknik-teknik melariskan buku


Banyak penerbit terbit buku berkaitan sejarah hidup Rasulullah. Mereka terbit dengan pelbagai tajuk dan konotasi tetapi isi kandungannya masih sama. (Ye lah, sejarah Rasulullah bukan boleh reka sendiri-sendiri, mesti sama seluruh dunia, cuma yang bezanya ialah penyampaian ayat.

Tapi dalam banyak-banyak penerbit di Malaysia, buku biografi Rasulullah yang paling laris ialah Biografi Agung Rasulullah SAW terbitan Mustread Sdn Bhd.

Mengapa ia laris? apakah buku-buku terbitan penerbit lain menggunakan fakta-fakta tak tepat tentang Rasulullah SAW?

BUKAN. Jawapannya ialah 'teknik persembahan buku'.

Antara teknik-teknik yang saya kesan digunakan editor syarikat Mustread dalam persembahan buku ini ialah:
  1. Penggunaan banyak gambar bersaiz besar. Hampir setiap muka surat ada gambar.
  2. Keseluruhan ayat-ayat penerangan tidak terlalu banyak.
  3. Saiz font yang besar untuk ayat-ayat.
  4. Spacing bagi setiap ayat juga sangat jauh dan memudahkan pembacaan.
  5. Muka surat berwarna penuh.
  6. Kertas isi kandungan muka surat digunakan jenis glossy paper +100g (agaknya).
Kesan dari teknik-teknik persembahan di atas, majoriti pekedai-pekedai buku mengatakan Biografi ini adalah yang paling laris berbanding yang lain.


Buku-buku terlaris di pasaran Malaysia

Al-Quran paling laris di Malaysia. Berwarna dan murah.


Di sini sy senaraikan genre2 yg paling laku di Malaysia, jgn terkejut:

1.  Al-Quran tajwid berwarna
2.  Al-Quran hitam putih
3.  Yassin & Tahlil saiz poket
4.  Buku-buku fardhu ain saiz poket
5.  Biografi rasul-rasul dan sahabat (edisi warna & bergambar)
6.  Resepi-resepi masakan (bergambar & berwarna)
7.  Kisah-kisah akhir zaman & Israel (cth, dajjal, yakjuj makjuj, perang armageddon)
8.  Novel cinta Islami remaja
9.  Novel cinta pelajar2 IPT
10. Buku panduan bisnes & tambah pendapatan

Genre lain pun laku tetapi tidak berbelas-belas ribu unit setahun macam di atas.

 
Jangan sangka buku-buku kecil cam gini tak laris. Sekali AJK masjid atau surau borong, beratus-ratus. Itu belum masuk sekolah, jabatan kerajaan, IPT dan majlis kenduri kahwin lagi.





Friday 3 October 2014

Selamat Menyambut Hari Aidil Adha


"Selamat menyambut hari Aidil Adha dari saya".

P/S: Bila pulang berhari raya di kampung, berhati-hati ketika memandu.