Wednesday 23 May 2012

Pesta Buku PERLIS (23 - 28 JUN 2012)





Pesta Buku Perlis 2012 merupakan pesta tahun yang ke-10 yang akan diadakan di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Pesta ini akan berlangsung selama 6 hari bermula dari 23 Jun 2012 hingga 28 Jun 2012 dan dijangka akan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis. Pesta Buku Perlis 2012 dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Perlis dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan MalaysiaJabatan Pelajaran Negeri Perlis dan disokong oleh Kerajaan Negeri PerlisBadan Kebajikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dilantik sebagai pengurus acara untuk pesta ini.

Pihak penganjur akan menyediakan sebanyak 72 buah ruang pameran (booth). Pelbagai jenis buku dalam Bahasa Melayu,Inggeris dan lain-lain bahasa juga barangan IT dan program-program pendidikan untuk semua peringkat dari pelbagai penerbit dan syarikat akan dipamer dan dijual kepada pengunjung. Selain pameran buku, pihak penganjur akan mengatur beberapa aktiviti sampingan oleh pelajar sekolah dan pameran daripada beberapa agensi kerajaan bagi memeriahkan lagi sambutan pesta ini.
Berdasarkan rekod sambutan pengunjung pada tahun-tahun sebelum, tahun 2012 ini pihak penganjur menjangkakan lebih dari 30,000.00 pengunjung akan melawat pesta buku ini. Beberapa sesi pengiklanan akan dijalankan oleh pihak penganjur seperti hebahan ke seluruh sekolah Perlis, masjid, jabatan-jabatan kerajaan dan lain-lain. Hebahan melalui radio dan televisyen juga akan dijalankan bagi membantu memeriahkan lagi kunjungan ke pesta ini. Pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan syarikat tuan/puan di dalam Pesta Buku Perlis 2012 dan kesudian syarikat tuan/puan menyertainya diucapkan berbanyak terima kasih.

Friday 18 May 2012

Cetak Buku Sendiri Dengan Espresso Printer



Kalau semua penulis, editor, self-publisher mampu beli mesin Espresso ni memang kaya-raya lah jawabnya. Sebabnya inilah satu-satunya mesin yang boleh mencetak buku sendiri hanya dengan menggunakan seorang tenaga kerja sahaja iaitu kita.

Dengan mesin Espresso Book Machine, seorang penulis boleh mencetak bukunya sendiri di depan mata dalam masa 2 min 50 saat. Yang menariknya ia boleh dicetak dalam bentuk 4 warna dan hitam putih bagi kandungan buku dan 4 warna untuk cover.

Mesin ni mula-mula diperkenalkan di pesta buku London 2009 oleh On Demands Book dari Amerika. Kosnya agak mahal iaitu USD 175,000 waktu pelancaran. Tapi semakan terkini yang saya buat harganya pada 2012 telah berkurang kepada USD99,000 termasuk semua alat ganti.

(Lihat video proses cetakan buku mesin tersebut)

Mesin Espresso boleh dikatakan agak hardcore kerana menurut pengeluarnya, ia boleh mencetak sebanyak 500 ribu buku secara berterusan.

Saya harap untuk pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur akan datang, akan ada mana-mana syarikat yang pamer mesin ni. Kalau mesin ni ada, maka kecut perutlah para printer yang selalu tekan harga tinggi kepada penerbit-penerbit dan penulis-penulis bebas.





Penerbit Islam Khianati Agama

Masalah ini dah berlarutan sekian lama tetapi sentiasa menjadi bualan hangat pekedai-pekedai indie yang menjual kitab-kitab agama. Masalah ini juga menjadi masalah yang khusus kepada pekedai-pekedai yang menitikberatkan soal hukum-hukum syarak.



Masalah utamanya ialah terdapat segelintir penerbit-penerbit muslim mengedarkan terjemahan-terjemahan al-Quran kepada kedai buku elit POPULAR. Dalam erti kata lain orang Islam memberi kepada orang bukan Islam terjemahan Al-Quran untuk dijual. Hukumnya adalah "HARAM".

Terjemahan al-Quran walaupun ada terjemahan bahasa Melayu tetapi masih ada martabat kitab al-Quran kerana di dalamnya terkandung ayat-ayat suci al-Quran bertulisan Arab. Persoalannya di sini, bolehkah penerbit-penerbit "buta agama" itu memberi jaminan kepada orang awam bahawa staf-staf POPULAR akan menjaga martabat kitab terjemahan tersebut ketika ianya disusun, dibungkus, dilempar di stor-stor?



Amat malang sekali, sesetengah penerbit Muslim tidak mementingkan halal-haram dalam bisnes sedangkan mereka sendiri menjual pelbagai kitab-kitab ulama besar.

Untuk isu ini, saya bersama-sama beberapa pekedai indie prihatin sedang dalam proses memberi laporan untuk diusulkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Berhenti kerja kerajaan jadi editor

Assalamu'alaikum,

Kali ni topik agak lain skit tapi sekadar nak suntik semangat golongan2 yg cuba nak buat kerja sendiri dari makan gaji.

Dulu saya bergelar guru di sebuah sekolah menengah. Dipendekkan cerita, timbullah seru 'perlu' resign kerja sebab nak fokus pada business. Income lebih daripada stabil dan mengalahkan JUSA C atau orang panggil jawatan premier kot. Jadi kalau diteruskan juga jadi guru umpama orang kaya yang tamak harta anak yatimlah.

Selalu sebelum berhenti kerja, perkara tu lah yang bermain dalam kepala. Mana taknya, side income dan jadi main income. Gaji dalam akaun jarang terusik. Jadi takut dimurkai Allah (...tuhan dah bagi side income banyak2 tapi gaji 2 ribu hang nak sapu lagi...) saya pun ambik keputusan resign dengan notis 3 bulan.

Kerja saya senang, kadang-kadang susah sedikit. Ambil manuskrip, edit, ubahsuai dan susun semula jadi bentuk buku. Kerja camni kena pandai guna MS Publisher, Adobe InDesing dan Photoshop. Susah skit bagi orang yang tak mahir komputer. Tapi income bulanan saya minima 15 ribu. Alhamdulillah.

Kalau nak berhenti kerja kerajaan kena bagi notis awal, mesti ikut Perintah Am Bab 61 (a) iaitu 3 bulan notis atau bayar sebulan gaji sebagai pengganti notis.

Sesetengah orang pula walaupun dah ada side income 10 ribu lebih tapi masih kerja kerajaan, mungkin sebab nakkan pencen kot. Atau bolehlah diringkaskan side income yang banyak tu sebenarnya tak stabil dan boleh berhenti bila-bila masa sahaja.

Saya bukan berhenti secara mengejut, memang dah rancang setahun sebelum tu lagi. Memandangkan saya ada personal loan dengan BSN melalui potongan gaji maka saya hubungi dahulu pihak BSN. Saya bercakap dengan manager bahagian kredit loan minta tukar status potongan gaji kepada status bayar secara manual. Maksudnya bulan kena pergi bank masuk duit untuk bayar loan.

Jadi saya diberitahu manager tu, agreement lama masih kekal just sambung je bayaran melalui bank-in. Saya pun rasa lega. Saya tanya lagi adakah interest loan akan berubah jika saya berhenti kerajaan? manager tu kata tidak, yang penting bayaran bulanan jangan putus. Cuma yang mudahnya saya berhenti mungkin sebab saya pilih KWSP bukan berpencen kot.

Tapi setahu saya bagi penjawat awam yang berjawatan pencen kalau minta berhenti kerja lagi la kerajaan suka sebab, kerajaan dah jimat duit dan tak payah bayar pencen. Bagi sapa2 yang nak berhenti kerja kerajaan saya nasihatkan, makesure ada income lain atau business yang betul2 bagi duit poket lebih dari makan gaji. InsyaAllah, tuhan akan tolong.

Sebenarnya, kepada sesiapa yang nak berhenti kerja tak payahlah tanya pendapat orang. Kalau kita tanya kat orang yang suka makan gaji tapi tak suka busines, mereka akan kata berhenti kerajaan rugi. Kalau tanya kat orang busines, mereka kata berhenti pun takpa asalkan ada income lain yang stabil.

Yang penting tanya diri sendiri dan keluarga, mampukah survive dengan income sendiri?.

-Affendi

PERHATIAN : Saya banyak terima emel minta contoh surat berhenti, tapi bila saya emel, emel tu patah balik dan keluar error (emel tak wujud). Jd bagi sape-sape yg nak surat tu elok minta melalui emel saya. Kala tulis emel dalam ruang komen, mgkin takut tersilap huruf plak. Emel saya, jutawanpena11@gmail.com