Saturday 14 May 2011

Kiraan Royalti : Jangan Tertipu Dengan Penerbit

Ramai orang beriya-beriya menjadi penulis menganggap menulis sahaja boleh kaya. Kebanyakan geng2 macam ni selalu buat kiraan macam ni.

"Kalau aku tulis satu buku, harga RM15.00. Di Malaysia ada lebih 300 kedai buku indie, lebih 40 cawangan Popular dan 1000 perpustakaan . Jumlah tempahan akan jadi 1340 naskah. Kalau semua tu ambik buku aku 2 naskah aku dah dapat RM20,100. Itu kalau satu buku, kalau aku tulis 12 buku sebulan, maka 20,100 darab 12 akan jadi RM241,200."

Kalau beginilah yang kebanyakannya fikir maka ia tak akan jadi. Realiti sebagai penulis ia bergantung kepada kiraan-kiraan royalti berikut. Penerbit perlu ambil kira kos-kos berikut sebelum bayar royalti.


  1. kos diskaun penjual . Contoh 40%
  2. Kos cetak senaskah. Contoh RM3.00 (kos berubah ikut bilangan cetakan)
  3. kos untung penerbit. (baki setelah ditolak semua kos)
  4. kos ilustrasi. Contoh 5% (setelah tolak kos cetak
  5. kos royalti. 20% untuk senaskah (setelah tolak kos cetak)
Andaikan buku anda senaskah RM15.00 dan dicetak 3000 unit. Maka harga keseluruhan buku itu jika terjual semuanya ialah

RM15.00 x 3000 unit = RM45,000 (jumlah harga jualan)

Selepas dapat  RM45,000 daripada pekedai, penerbit akan tolak jumlah tu dengan perkara 1 dan 2 tadi. Sekarang kita kira semula.

Jumlah semua kos
  1. Diskaun penjual 40% dari harga jualan (bersamaan RM6.00)
  2. kos cetak senaskah RM3.00
Kos diskaun penjual ditambah kos cetak akan jadi RM9.00

Maka harga untung sebenar yang akan dinikmati ialah RM15.00 (harga buku) - RM9.00, maka jadi RM6.00

RM6.00 itulah yang akan dikongsi penerbit dengan penulis dan pelukis ilustrasi. Kalau perjanjian royalti menyebut penulis menerima 20% dari harga untung, jadi 20% adalah dari RM6.00 tersebut. Berapa yang penulis dapat dari RM6.00

Royalti = RM6.00 X 20%
            = RM1.20

Ha, nilai RM1.20 itulah jumlah royalti sebenar untuk senaskah yang bakal diterima penulis. Sekarang andaikan buku anda terjual seperti di atas iaitu 1340 naskah. 

Jadi darabkan 1340 naskah dengan RM1.20, maka jadilah RM1608.00.

Pelik! dari harga jualan RM20100 , akhirnya penulis dapat RM1608 sahaja.

ITU PUN KALAU BUKU LAKU 1340 UNIT SETAHUN.

Tapi jangan pula mudah berputus asa, memang ada orang yang bukunya laku berpuluh-puluh ribu unit setahun. Dan memang menguntungkan. 

Ingatlah, jika ingin jadi penulis pilihlah tajuk yang boleh jadi untung walaupun kita tak minat tajuk tu. InsyaAllah berjaya jadi jutawan.

Dua pilihan menjadi penerbit

Jika anda ingin jadi penerbit buku, anda ada dua pilihan untuk jadi kaya atau jutawan.

Pertama; terbit buku banyak dalam masa yang singkat.

Kedua; terbit buku bestseller sahaja.

Mana satu yang ada pilih. Dua-dua sangat susah dan dua2 menguntungkan. Sekarang kita tengok kelebihan dan kekurangan kedua-dua pilihan tersebut.

Pilihan pertama

  • Perlu modal banyak, ratus-ratus ribu 
  • perlu ada link pengedar seluruh Malaysia
  • perlu pastikan buku mendapat kontrak perpustakaan
  • perlu ada ramai kakitangan
  • perlu masuk semua pameran buku, dari ikan paus hingga ikan bilis.
  • Untung boleh masuk juta2 jika ramai penulis.
Pilihan kedua
  • Kena pastikan judul tersebut bestseller atau sekurang-kurangnya 20,000 unit setahun bagi setiap judul.
  • Tak perlu banyak buku diterbit, setahun 5 buku sudah memadai.
  • Tak perlu banyak kakitangan, kalau dah bestseller, tak masuk pameran pun orang cari buku tu. 
  • Tak perlu banyak promosi kerana kedai tolong promosi sebab tahu buku anda bestseller.
  • Kekurangannya; nak cari penulis yang tulisannya superb sangat susah.
  • Ramai penulis bahasa bagus tapi tajuk belum tentu bagus, jadi sukar nak hasilkan karya bestseller
Pilihlah mana satu yang anda suka.

Senarai Penulis Buku Yang Kaya di Malaysia

Di bawah ini disenaraikan penulis-penulis buku yang banyak buatg duit dengan menulis dan kebanyakannya golongan educated dan menulis secara full-time.

1. Nimoiz TY (penulis buku "Menjadi Penulis Jutawan") ulasan buku
2. Ain Maisarah (penulis novel remaja) - Penulis PTS Publication
3. Tn Abd Latif Talib (penulis novel Sejarah) - penulis PTS Publication
4. Tn Muhammad Alexander (penulis buku sejarah) - penulis PTS Publication
5. Chef Hanieliza (buku masakan) - penulis PTS Publication
6. Dato' Ismail Kamus (buku agama) - penulis Telaga Biru
7. Dato' Haroon Din (buku agama) - ramai penerbit
8. Irfan Khairi (buku internet bisnes) - True Wealth

Di atas adalah sebahagian senarai penulis yang dikatakan membuat banyak wang dengan menulis. Kiraan royalti adalah berdasarkan percent yang diberi oleh penerbit.

Saya percaya ada ramai lagi yang jadi jutawan khususnya Prof Shannon Ahmad yang terkenal dengan novel Shit. Novel-novelnya juga banyak difilemkan. Kalau novel sudah difilemkan maka keuntungan ratus-ratus ribu akan diterima seperti mana Ahadiat Aqasyah.

Friday 13 May 2011

Buktikan sebagai jutawan!!!

Ramai orang mengaku jutawan, ada yang mengaku secara terselindung, ada yang buat orang anggap dia adalah jutawan. Seorang yang mengaku jutawan tidak akan digelar jutawan atau tidak akan dipercayai sebagai jutawan jika dia tidak berani tunjukkan 'salinan penyata cukai pendapatan' yang dikenakan.

Ramai orang tulis buku atau ebook, macam mana nak jadi jutawan internet bisnes, penulis jutawan dan sebagainya tapi bila beli dan baca maka akan keluar ayat-ayat ini;

"Jika kita berusaha sudah tentu kita akan dapat"
"Usaha tangga kejayaan"
...dan macam2 lagi kata-kata motivasi.

Paling teruk bisnes internet, berlambak ebook pasal buat duit dengan blog khususnya adsense tapi sebenarnya ia sesuatu yang rumit. Realitinya si penulis membuat duit dengan cara menjual ebook.

Ada sesetengah orang jadi jutawan bukan kerana buat buku dan bisnis internet tetapi buat dengan bagi kursus kat orang tentang cara jadi jutawan. Bila dengar kursus macam tu, maka berduyun-duyunlah orang datang kerana nafsu nak cepat kaya.

Sepertinya kes bisnis ikan keli dan lintah. Pemberi kursus bertungkus-lumus memberitahu ada pasaran produk tu, harga tinggi tetapi bolehkah pemberi kursus buktikan harga produk tu tinggi di pasaran dan memang senang dijual? kebanyakan menipu sahaja.

Saya ada sahabat yang gemar join kursus2 jutawan, sehingga sekarang duit habis dengan membayar kursus2 sahaja. jutawan tidak juga jadi malah nak dapat pendapatan sampingan sebulan RM500 pun belum tentu.

Ada setengah orang kaya. yg sedia jutawan ambik kesempatan tulis buku 'macam mana nak jadi jutawan?' memang orang percaya bulat-bulat. Sebabnya penulis buku tadi memang orang kaya yang real punya, ada macam2 kereta mewah. dah tentulah orang beli buku dan dengar ceramah. Tapi bila beli buku dan dengar ceramah, banyak dikemukakan teori sahaja.

Wallahu'alam...

Apa itu penulis?

Assalamu'alaikum wbt,

Saya mula dengan soalan apa itu penulis? dalam bab ni saya bicara pasal macam mana nak jadi penulis yang jutawan, maksudnya dlm akaun bank ada sekurang-kurangnya 7 digit, tak kurang tak tambah.

Memang ramai nak jadi jutawan, ada yg jual penapis air, ada jual keli, jual kelisa, jual lintah, minyak lintah, ubat jantan kuat, burung walit, durian burung dan macam2 lagi. Tapi satu-satunya gelaran jutawan yang mudah untuk dapat yakni dapat banyak duit adlah dengan tulis buku. Kalau nak cepat lagi terbit sendiri buku tu.

InsyaAllah saya tak tipu.

Berbalik dgn soalan tadi, apa benda penulis tu?
Penulis sebenarnya orang yang menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dengan kemahiran tersendiri yang memungkinkan ia berbeza dengan orang lain. Banyak orang buat part-time dengan menulis, tulis artikel akhbar, majalah, pengulas buku dan sebagainya.

Tetapi penulis sebenar adalah penulis yang hidup dengan duit hasil tulisannya, tidak makan gaji, bukan part time tapi full-time. Bukan setakat hidup cukup makan tetapi jutawan.

Ada ker orang macam tu? adaaa....berlambak atas Malaysia ni, cumanya mereka tak hebah-hebah kat blog dan internet. Yang menulis kemudian ada blog sebenarnya tidak jutawan cuma mungkin hampir kepada nilai jutawan.

Aku bgtau kerana aku terlibat sendiri dalam pekerjaan penerbitan, penulisan dan suntingan buku. Maksudnya, dari start buku ditulis sampailah di jual di kedai-kedai tepi jalan, supermarket dan pesta-pesta buku.

Maka, InsyaAllah tidak ada penipuan dalam tulisan blog ini.

Penulis yang sebenar adalah seorang yang independent, tak terikat dengan penerbit, tidak bersifat glamour dan bergantung kepada populariti untuk melariskan jualan buku walaupun 'populariti' tu memang perlu.

Penulis hanya perlu 3 bahan ni untuk jadi kaya atau jutawan.
1. Tulisan Kreatif
2. Fakta idea
3. Penilaian kendiri

Tulisan kreatif
Maksud tulisan kreatif ialah penulis tersebut mempunyai kemahiran menaip dengan laju disamping menggunakan gaya bahasa secara spontan semasa menaip bukannya meniru-niru cara tulisan orang. Dalam erti kata lain, macam mana penulis tu bercakap macam tu lah yang dituliskan. takde perbezaan. Penulis mesti tahu membezakan gaya tulisan mengikut apa yang hendak ditulis. Gaya penulisan novel remaja tak sesuai ditulis dalam novel politik. Macam tu lah lebih kurang.

Fakta Idea
Fakta idea ialah kandungan di dalam tulisan yang bakal ditulis oleh penulis. Fakta tak semestinya berbentuk formal. Kalau nak cerita pasal cerita fiksyen maka fakta haruslah direka-reka dengan rapi. Manakala idea merujuk kepada 'tema' dan 'objektif' penyampaian. Setengah orang ada idea tapi tak tahu nak tulis macam mana. Contohnya, Ali dapat idea nak tulis pasal hantu raya di kampungnya, tapi dia tak tahu nak mulakan macam mana dan bagaimana nak cipta klimak cerita.

Penilaian Kendiri
Maksud penilaian kendiri ialah bukannya dah habis tulis kemudian baca semula cerita tu bagus atau tidak, semak kesalahan ejaan atau baca semula dari awal hingga abis. Penilaian kendiri bermaksud sebelum nak tulis sesuatu fakta idea yakni kandungan buku, perlu difikirkan boleh laku ke buku ni kalau terbit. Penerbit berminat ke? editor nak sunting ke? Maksudnya penulis kena fikir 'keuntungan' yang boleh dibuat dari fakta idea sebelum memulakan penulisan. Maka disitu terbit penilaian kendiri. Menilai sendiri tahap keuntungan fakta idea. Ramai penulis buat silap, terutamanya yang baru nak berjinak2 jd penulis (sebab dengar senang dpt duit, tapi memang betul pun), mereka pergi ke beberapa kedai buku, tengok tajuk yang tiada kemudian tulis buku mengikut tajuk yang tiada tu. Sah, manuskrip memang kena reject, lain la kalau terbit sendiri.

* 10 penulis terkaya di dunia. (klik)